
Alhamdulillah , pada 30 oktober yang lepas kami telah dijemput khas oleh ibubapa pelajar darjah 5 ( Mohd. Ammar bin Nasir ), ke majlis keberkatan khatam tasmi’ hafazan Al-Qur’an.. kegembiraan dan kemesraan jelas dapat di lihat di wajah mereka atas ni’mat kurniaan Allah kepada anak mereka dan juga atas rahmatnya kepada keluarga mereka yang telah berjaya dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, akhirnya mereka dihiasi dengan mahkota keberkatan anak yang soleh di dunia menjadi penyejuk mata dan syafaat di akhirat dengan syurga ‘Adnin... Ameen
Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung maka terima lah berita gembira ini daripada Rasulullah : ( barangsiapa yang membantu orang lain untuk membuat kebaikan , pasti dia akan mendapat ganjaran yang sama ).
Meskipun selalu ada keprihatinan mengenai sistem pendidikan dan kemudahan asasi di Madrasah kita, namun masih lagi ada ruang yang belum dapat dilengkapi dengan baik, Cuma kami di sini sentiasa mencari jalan yang baik untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan juga bagaimana cara yang perlu digunakan bagi mencapai matlamat dan tujuan yang murni ini. MTI adalah tempat paling indah tetapi kita masih mempunyai ruang untuk diperbaiki.
Madrasah kami harus terus-menerus memperbaiki keadaan untuk menjadi yang terbaik buat anak-anak lingkungan sekitar untuk belajar dan tumbuh dengan sihat. Dana Tahunan merupakan pelaburan yang suci bagi memenuhi kelengkapan di persekitaran MTI. Ini menjamin bahawa anak-anak kita akan memiliki apa yang mereka perlukan untuk persiapan demi masa depan mereka serta keterampilan yang mereka perlukan sekarang sebagai generasi muda. Mari kita bekerjasama untuk terus melakukan peningkatan di Madrasah Tahfiz Al-Iman untuk anak-anak kita sekarang dan yang akan datang.
Alhamdulillah pada 2, Nov ini Dana Tahunan telah meningkat kepada RM 13,600.00; ini sangat bagus untuk bulan pertama. Tetapi kami masih mempunyai perjalanan yang panjang , jadi jika anda belum meghulurkan sumbangan kepada tabung Dana Tahunan MTI 2010. Maka sila membuat rancangan anda untuk akan melakukannya. Sebab ini adalah antara pelaburan anda di dunia ke .... akhirat!

Berikan kepada Dana Tahunan Hari ini!
Terima kasih.